JellyPages.com

Thursday 28 November 2013

ISU : KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TANPA KAWALAN TERHADAP KANAK-KANAK

Pada zaman Malaysia yang sedang pesat membangun ini, penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhadap kepada golong pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak era globalisasi ini. Kanak-kanak juga kini sudah tahu menggunakan komputer malah bukan setakat tahu secara asas tetapi mahir. Mereka juga boleh menerokai perkara baru. Namun, apakah manfaat yang mereka boleh peroleh? Sejauh manakah manfaat ini diperolehi khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.

            Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak ke arah yang lebih maju tetapi secara sihat. Namun begitu, kerana mengejar harta duniawi serta pangkat, mereka alpa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak dengan sempurna khususnya mereka yang menetap di kota metropolitan. Ibubapa terlalu sibuk dengan kerja siang dan malam. Anak-anak ditinggalkan kepada pengasuh yang digaji. Anak-anak hanya mendapat didikan semasa berada di sekolah da tadika semata-mata. Namun, apabila pulang ke rumah mereka mudah merasa bosan dan bermain komputer adalah alternatif yang mereka Nampak bagi meghilangkan bosan tersebut. Oleh kerana pengasuh terlalu sibuk dengan kerja rumah, tiada siapa yang dapat memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak.

            Kanak-kanak akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahu apakan penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan member impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.

            Seterusnya, ict memberi impak sosial dan kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web tersebut kanak-kanak akan melihat keran sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab itulah kanak-kanak sekarang banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan pastikan akan meniru perkara negative itu tanpa mengetahu baik buruk dan kesan perkara tersebut. Pada zaman sekarang,  kanak-kanak bukan sahaja terdedah dengan komputer semata-mata tetapi sudah terdapat lambakan gajet-gajet yang lebih mudah dibawa ke mana sahaja yang dibeli oleh ibubapa seperti telefon pintar, tablet, iPad dan sebagainya. Teknologi sekarang yang menjadi kegilaan semua umur yang mana kebanyakan gajet-gajet mempunyai teknologi skrin sesentuh yang boleh member kesan buruk dari segi kesihatan. Menurut sumber dari akhbar harian Kosmo bertarikh 24 November 2013, terdapat kajian yang mengatakan penggunaan gajet skrin sesentuh tanpa kawalan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan otot tangan kanak-kanak menjadi lemah kerana kurangnya aktiviti menulis,melukis dan juga mewarna secara manual. Berdasarkan apa yang telah saya olahkan di atas, jelaslah teknologi tanpa kawalan lebih banyak member impak negatif kepada kanak-kanak.

Tindakan yang sewajarnya diambil


Di sini saya ingin memberikan pendapat terhadap tindakan-tindakan yang wajar dilakukan bagi mengatasi isu yang diketengahkan . Tindakan dan kerjasama dari pelbagai pihak sangat diperlukan bagi menyelesaikan isu ini . Antara pihak yang terlibat ialah :



  • Ibubapa
Ibubapa ialah insan yang paling hampir sekali dengan anak-anak . Oleh demikian pemantauan ketat dari ibubapa sangat penting bagi mengatasi isu kanak-kanak terbuka laman web yang tidak sesuai dengan menggunakan "parental control" . Walaupun ibubapa sangat sibuk di siang hari dengan tugas di pejabat , mereka dapat memantau dengan melihat "history" di komputer atau alat elektronik anak-anak mereka . Disamping itu , hubungan yang mesra dengan anak haruslah dipupuk dan mendedahkan tentang baik buruk sesuatu perkara . Ibubapa juga digalakkan meluangkan masa cuti bersama anak-anak dengan pergi bercuti , melakukan aktiviti gotong royong bersama-sama di rumah sambil mendengar anak-anak bercerita atau meluahkan perasaan .
  • Guru
Guru merupakan pengganti ibubapa ketika kanak-kanak berada di sekolah . Justeru , guru seharusnya memberi didikan moral dan etika dalam pengguanaan media ICT samada di sekolah , di rumah atau di mana-mana sahaja . Selain itu , guru boleh memperkenalkan perkara yang baru kepada kanak-kanak secara kreatif dan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti "outdoor" seperti bersukan , bermain atau berbincang bersama rakan-rakan . Guru juga boleh menegaskan kepada kanak-kanak mengenai kesan negatif terhadap penggunaan yang kerap terhadap media elektronik .
  • Kerajaan
Selain ibubapa dan guru , pihak kerajaan turut memainkan peranan yan amat penting bagi mengatasi masalah ini . Pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan menyekat laman web yang mempunyai unsur pornografi dan aksi ganas yang tidak sesuai . Pihak kerajaan jugak boleh mengambil inisiatif lain dengan mengadakan kempen dan seminar mengenai isu-isu yang tidak membina daripada penggunaan teknologi tanpa kawalan .

11 comments:

  1. Tahniah Fatin. Berjaya hasilkan blog ini. Saya rasa isu yang ingin diutarakan adalah jelas. Memang membuka minda para pembaca. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hafizah bg komen yang membina :)

      Delete
  2. Blog yang sangat menarik dan memberi maklumat berguna kepada ibu bapa khususnya dalam memantau aktiviti anak-anak. Teknologi tanpa kawalan memberi banyak kesan negatif. kita seharusnya mengambil berat tentang perkara ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas respon syahirah . menurut saya pemantauan dari ibubapa sangat efektif kerana ibubapa seharusnya menjadi insan yang paling rapat dengan kanak-kanak dan kaedah pemantauan tersebut turut digunakan oleh ibubapa saya kerana kita sendri sering tersalah taip kata kunci .

      Delete
  3. Bagi pendapat saya juga, tegas terhadap disiplin anak-anak juga sangat penting bagi membendung isu ini.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pendapat. saya juga bersetuju penegasan dari ibu bapa sendiri adlah penting.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. alhamdulillah, esei dan susunan idea yang bagus. saya bersetuju dalam isu ini. tambahan pula, gajet2 ini boleh didapati di mana sahaja. sebenarnya, seluruh masyarakat wajar untuk mengambil tahu tentang perkara ini dan bukan sekadar menggoyangkan kaki sedangkan generasi muda merupakan generasi pemangkin pembangunan negara di masa hadapan. wallahu 'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.terima kasih atas komen saudari. saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa isu ini seharusnya diambil berat oleh semua pihak dan tidak meletakkan beban kepada pihak tertentu sahaja.

      Delete
  6. saya bersetuju fatin,semua pihak haruslah membuka mata dan mengawasi kanak-kanak suapaya mereka ini tidak mendapat kesan negatif terhadap teknologi yang sememangnya memberikan kemudahan kepada kita..kanak-kanak seharusnya dididik untunk menggunakan teknologi dengan cara yang betul agar mereka dapat menikmati kecanggihan teknologi yang amat membantu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. didikan dan pendedahan adalah sesuatu yang wajib sebelum kanak-kanak diberikan kemudahan gajet-gajet ini

      Delete
  7. haahhahahahhahahahahhahahaaha

    ReplyDelete